Korban; sebuah puisi

Setiap pagi minggu
Ku korbankan tenaga dan waktu
Ke madrasah mengejar ilmu
Menimba ilmu tentang Yang Satu

Namun hanya Dia yang tahu
Betapa hati ini sukar dan sayu
Meninggalkan si kecilku
Untuk sepeninggalan waktu

Wajahnya sentiasa di mindaku
Hati ini penuh rindu
Tapi harus ku cekalkan kalbu
Kerana korban itu perlu

Untuk aku menjadi seorang guru
Yang terbaik untuk anakku
Kerana al ummu madrasatu
Dan sekolah ini bermula dariku

Wahai anak, inilah korban ibumu
Wahai diri, inilah jihadmu

Dikarang di Madrasah Aljunied, 6 September 2015

Nota penulis: Sempena hari raya haji yang bakal tiba. Di bulan Zulhijjah yang penuh barakah. Setiap seseorang mempunyai pengorbanan mereka tersendiri, dan inilah salah satu pengorbananku. Seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu, juga sebagai ibu baru. Bukan mudah untuk ditempuhi, tetapi inilah dia sebahagian dari perjalanan keimananku…

Leave a comment