Mencari Ilmu Bersama Walau Perjuangan Berbeza

Note: Blog entry is in Malay language today.

sl2-2a muslimahs
Bersama Ustazah Majidah (di tengah, dalam tudung putih labuh), guru ilmu fiqh kami.

Minggu lalu kelasku yang terakhir buat semester ini. Semester ini, kami mempelajari ilmu tasauf, serta sambungan ulum quran dan fiqh munakahat dari semester yang lepas. Menghadiri kelas di madrasah aljunied setiap minggu walaupun kekadang sukar dan penuh cubaan, sesuatu yang menyeronokkan terutama sekali apabila bertemu dengan teman-teman seperjuangan yang gigih menimba ilmu setiap pagi Ahad.

Semakin aku belajar, semakin banyak yang aku tidak tahu…

Aku kagum dengan semangat teman-teman yang seusia dengan ibuku tekun mencari ilmu dalam usia senja, serta salah seorang temanku yang baru melahirkan anak pertamanya akhir tahun lalu tetapi cekal menghadiri kelas setiap minggu. Terima kasih Allah, kerana memberiku peluang mengenali hamba-hambamu yang istimewa ini.

“Seseorang itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang dia berkawan dengannya.” (Riwayat Tirmizi)

Pada permulaan semester, aku seorang muslimah yang belum berumahtangga. Tetapi di akhir semester pula, aku sudah bergelar seorang isteri. Ada seribu satu perasaan yang bermain di minda apabila mengenangkan pernikahanku, yang telah berlaku dalam masa enam bulan ini. Bagaikan mimpi tetapi ia adalah suatu realiti. Aku tersenyum dan juga memikir panjang. MaashaAllah, suatu perubahan yang besar dalam hidupku.

Aku sedar perkahwinan adalah satu amanah dari Allah s.w.t, dan insyaAllah akan ku pelihara amanah ini dengan seerat-eratnya dengan kasih sayangNya.

Ahad depan dan yang seterusnya merupakan minggu-minggu peperiksaan pula. Setelah itu, kelas berhenti buat sementara waktu untuk cuti dan semester baru akan berlangsung pada akhir bulan Jun insyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan urusan peperiksaan kami, dan menerangkan hati serta meluaskan minda kami insyaAllah.

Kepada yang membaca, mohon du’a ya!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s