Aku Kagum DenganMu.

Aku kagum dengan bahasa Melayu.
Aku kagum dengan ulama’ terdahulu.
Aku kagum dengan ilmu.
Aku kagum dengan Tuhanku.

Bahasa Melayu bahasa ibundaku.
Bahasa yang indah kekadang menusuk kalbu.
Ya, ia mungkin tidak seindah bahasa Arab,
tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri.
Berjiwa sopan penuh kelembutan, itu sudah pasti.

Ulama’ terdahulu sangat aku banggakan.
Semangat membara mencari ilmu yang mendalam.
Alhamdulillah kerana kerajinan dan kekentalan mereka,
Yang membolehkanku membaca kitab di depan mata.

Ilmu dunia, ilmu akhirat.
Semuanya datang dari Allah.
Jangan sesekali menyombong diri akhwat,
Kerna ia boleh ditarik darimu bila-bila masa sahaja.

Tuhanku yang Maha Esa, yang Maha Segalanya
Sembilan puluh sembilan nama yang dikenalkan pada kita
Wajarlah kita mengambil masa mengenal personalitiNya
Kita akan menjadi manusia bahagia penuh taqwa, InsyaAllah.

Sepotong karangan dariku, hamba yang kecil
Sepotong ilham yang ditulis, di blogku yang terpencil
Terima kasih kerana membaca
Salam sayang dari siti mardhiah

Nota penulis: Bahasa Melayu, ahli ulama’, ilmu dan Tuhan. Empat topik ini mungkin ada atau tidak ada hubungan sesama sekali, agak “random” jika difikirkan, tetapi bila digabungkan ia mewujudkan satu karya yang sempurna. Sebenarnya itulah kehidupan. Semuanya berhubung dengan satu sama lain, tidak ada yang berdiri sendiri tanpa teman. Kecuali Tuhan semesta alam.

2 thoughts on “Aku Kagum DenganMu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s