Hati

Sudah menjadi fitrah manusia untuk mencari tuhan.

Seperti sudah menjadi fitrah anak kecil mencari ibu bapanya.

Hati ini diciptakan untuk mencintai Tuhannya. Sebab itu hati ini akan sedih, runsing dan tidak tenang jika ia mencintai yang lain selain Allah.

Kasihan hati ini, ia cenderung melakukan yang baik tetapi tidak kau pedulikan harapannya.

Kasihan hati ini, selalu dikalahkan oleh hawa nafsu, ego dan perasaan negatif.

Sungguh terpelihara hati ini. Syaitan hanya boleh membisik pada ruang hati ini, tetapi tidak boleh memasukinya andai tidak diberi izin.

Sungguh suci hati ini. Tetapi jika kau membenarkan hawa nafsu, ego dan perasaan negatif memasukinya ia akan menjadi kotor, berdebu, dan hitam.

Jagalah hati ini. Kerana kebersihan hati tiada bandingannya. Kelakuan seseorang mencerminkan kesucian hatinya.

Jika bersih hatinya maka baiklah amalan-amalannya. Tetapi jika hati ini tidak suci, maka tidak baiklah amalan-amalannya.

Peliharalah kesucian hati ini, cintailah Tuhan hati ini, Tuhan Yang Mencipta.

Tuhanku, Tuhanmu, Tuhan semesta alam.

*

Notes:

Hati: “Heart” in Malay.

Inspired by Hadith 6 in 40 Hadith Nawawi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s